Monday, August 2, 2010

Thursday, June 3, 2010

senam pagi dan sarapan

MEMUPUK INTERAKSI KEJIRANAN MELALUI SENAM PAGI.

Aktiviti senam pagi secara berkumpulan selain dari mempertingkatkan kecergasan ianya juga dapat memupuk perpaduan dan saling berinteraksi kejiranan antara satu sama lain.Ianya juga boleh bertindak sebagai satu riadah bersama keluarga dan memenuhi waktu berkualiti dengan aktiviti yang baik dan bermanfaat. Pendekatan ini telah dilakukan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Katong Jaya melalui program Senam Pagi dan bersempena sambutan Bulan Perpaduan bertempat di Padang Permainan Taman Katong Jaya pada 29 Mei 2010. Program ini telah berjaya mengajak hampir 200 penghuni Taman katong Jaya seawal .7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi



Acara ini juga turut disi dengan sarapan pagi, sukaneka dan pertandingan mewarna kanak-kanak yang turut disertai oleh segenap lapisan masyarakat dari kanak pra sekolah sehingga pada warga usia emas.
“Kami sangat berharap komitmen sebegini akan terus diberikan oleh semua lapisan penghuni di sini selaras menrealisasikan hasrat dan visi KRT Taman Katong Jaya sekaligus melaksanakan tanggungjawab sosial bersepadu sebagaimana yang disarankan oleh Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Negara “ ujar En Jusoh Yunus, Pengerusi KRT Taman Katong Jaya.

Thursday, May 13, 2010

srs makin semarak



Setelah lama tak update entri di blog krt taman katong memperkenalkan satu produk baru dalam aktitivi srs iaitu rondaan berbasikal. Rondaan berbasikal ini meskipun telah diperkenalkan di tempat lain ianya memberikan impak yang tersendiri dan memberikan satu alternatif pada kaedah rondaan.Petugas-petugas kelihatan bersemangat dan membuat rondaan setiap dua jam sekali yang bermula dari jam 12.00 malam sehingga 4.00 pagi

maulud - entri terlewat


maulud nabi 21 mac 2010 mengekalkan konsep dan persembahan yang sama..ada dikir maulud dan gulai kawah.

Sunday, January 10, 2010

bubur asyura merapat kejiranan






bubur asyura menjadi satu juadah yang sangat sinonim dalam usaha gotong-royong saban tahun. proses awal sehingga akhir menyediakan juadah ini mempunyai banyak falsafah dan intipati darinya sekiranya dapat dihayati dan diselami.
9 jan 2010 sabtu seramai 30 penghuni taman katong jaya dibawah anjuran krt taman katong berjaya menyiapkan 3 kawah bubur asyura dan akhirnya lebih dari 150 juadah ini dapat diagih-agihkan pada keseluruhan penghuni.
kehadiran en.azilan ariffin, pegawai jpnin negeri terengganu turut menyerikan acara.




Monday, December 14, 2009

tahniah setulus kasih seiring budi

en jusoh pengerusi krt tmn katong menerima replika cek dari timb.menteri

sebahagian dari anggota yang hadir di majlis tersebut.

merakamkan sekalung tahniah pada semua warga krt taman katong terpilih sebagai finalis anugerah krt harapan terbaik namun anugerah krt harapan cemerlang digondol oleh krt sungai kerak, marang.tahniah.

Sunday, November 15, 2009

krt harapan dan lawatan juri.

foto kenangan bersama barisan juri
menyemak dokumen dan sistem fail oleh juri
tanggal 14 nov lawatan juri bagi mengadili calon krt harapan berlangsung di surau taman al islah, taman katong jaya yang diketuai oleh pengarah jpnin terengganu en khalil haji ahmad dan 5 pegawai jpnin negeri. sedikit taklimat dan soal jawab berlangsung dalam mood yang harmonis. beberapa teguran yang sangat membina diberikan.

berbanyak terimakasih dari kami..