Thursday, June 3, 2010

senam pagi dan sarapan

MEMUPUK INTERAKSI KEJIRANAN MELALUI SENAM PAGI.

Aktiviti senam pagi secara berkumpulan selain dari mempertingkatkan kecergasan ianya juga dapat memupuk perpaduan dan saling berinteraksi kejiranan antara satu sama lain.Ianya juga boleh bertindak sebagai satu riadah bersama keluarga dan memenuhi waktu berkualiti dengan aktiviti yang baik dan bermanfaat. Pendekatan ini telah dilakukan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Katong Jaya melalui program Senam Pagi dan bersempena sambutan Bulan Perpaduan bertempat di Padang Permainan Taman Katong Jaya pada 29 Mei 2010. Program ini telah berjaya mengajak hampir 200 penghuni Taman katong Jaya seawal .7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi



Acara ini juga turut disi dengan sarapan pagi, sukaneka dan pertandingan mewarna kanak-kanak yang turut disertai oleh segenap lapisan masyarakat dari kanak pra sekolah sehingga pada warga usia emas.
“Kami sangat berharap komitmen sebegini akan terus diberikan oleh semua lapisan penghuni di sini selaras menrealisasikan hasrat dan visi KRT Taman Katong Jaya sekaligus melaksanakan tanggungjawab sosial bersepadu sebagaimana yang disarankan oleh Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Negara “ ujar En Jusoh Yunus, Pengerusi KRT Taman Katong Jaya.